Kenapa artis ikut sumud?
Antara objektif pergerakan Sumud Flotila ini adalah untuk memecahkan kebisuan dunia akan kekejaman yang berlaku di Palestin. "Break the Silence". Strategi meletakkan artis sebagai sebahagian daripada peserta Sumud dilihat mampu membantu mencapai objektif khusus tersebut, memandangkan setiap pada mereka mempunyai penyokong dan pengikut yang ramai.
Strategi ini membuahkan hasil pada pergerakan Sumud Flotila 1.0 di mana mobilisasi dan keterlibatan rakyat dilihat mencapai tahap yang tinggi akibat langsung daripada penglibatan artis dan orang kenamaan, menyebabkan seluruh warga negara bangkit dan menyuarakan ketidakpuasan hati kepada apa yang berlaku di Palestin.
Walaupun kekejaman di Gaza telah berlarutan selama 78 tahun, masyarakat dunia telah dikejutkan semula apabila berlakunya Peristiwa Taufan Al-Aqsa 7 Oktober 2023. Semenjak dari itu, terdapat pelbagai usaha menormalisasikan apa yang berlaku di Gaza oleh pihak rejim, untuk mengalihkan pandangan dunia, untuk menutup mulut dunia. Aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara dan latar belakang bersatu untuk menyatakan pendirian tegas berhubung pencabulan hak asasi kemanusiaan ini. Oleh kerana itulah, kapal Global Sumud Flotilla berlayar, untuk memecahkan kebisuan dunia, dan para artis mempunyai peranan besar dalam membantu kepada pencapaian objektif tersebut.
← Kembali