Lompat ke kandungan utama
Tanya Sumud

Kenapa flotilla tidak membawa anggota beruniform atau bekas komando sebagai peserta?

· 10 Mei 2026

Global Sumud Flotilla adalah sebuah flotila yang membawa mesej keamanan. Prosedur Operasi Piawai (SOP) GSF tidak membenarkan anggota daripada badan-badan berunifirm untuk menyertai pergerakan ini adalah atas sebab-sebab keselamatan. Pada peserta dilatih untuk tidak memberi apa-apa reaksi kepada apa jua provokasi yang dilalui mereka jika mereka terlibat sebagai tahanan rejim. Ini kerana, apa-apa reaksi dari peserta akan dilihat sebagai tindakan agresif, yang akan menjadi alasan untuk pihak IOF untuk bertindak dengan lebih kasar, sehingga mencederakan, malah boleh menjadi kepada tragedi kehilangan nyawa.

Atas dasar ini, kesemua peserta dilatih untuk berdiam diri dan tidak memberi reaksi yang boleh membahawa bahaya kepada diri sendiri dan rakan peserta lain. SOP ini dikenakan kepada kesemua flotilla yang bergerak ke arah Gaza, selepas insiden menyayatkan hati 'Mavi Marmara' pada tahun 2010.


← Kembali