Lompat ke kandungan utama
Tanya Sumud

Kenapa Tracker SNCC perlu daftar? Tahun lepas tak perlu daftar pun.

· 10 Mei 2026

Untuk Misi GSF2.0 kali ini, tracker yang dibangunkan oleh MAPIM Strategic Center (MAGIC) untuk SNCC ini dilengkapi dengan fungsi pendaftaran, bertujuan sebagai langkah pencegahan (deterrence) awal/mudah kepada anasir-anasir luar yang senantiasa mahu mengeksploitasi misi kali ini.

Pendaftaran mudah ini membawa mesej bahawa, sesiapa yang mahu mengakses tracker, adalah mereka yang serius mahu mengikuti perkembangan misi.

Walau bagaimanapun, mekanisme pendaftaran ini bukanlah satu pencegahan yang mutlak. Terdapat pelbagai lagi mekanisme teknikal yang diletakkan atas dasar keselamatan.


← Kembali