Tanya Sumud
← Kembali
Kenapa bantuan yang dihantar melalui darat tidak mempunyai tracker sepertimana yang dari lautan?
· 13 Mei 2026
Ada beberapa sebab kenapa bantuan yang mengikuti laluan laut lebih perlu ada tracker, daripada yang melalui jalan darat.
- Dokumentasi Misi - Selain daripada memaparkan lokasi keberadaan kapal-kapal GSF di atas lautan luas, tracker yang dibangunkan ini juga meletakkan peri pentingnya misi kemanusiaan ini di hadapan pemerhati bebas. Pergerakan flotila kemanusiaan GSF ini bukan sahaja diurus untuk penyaluran bantuan, akan tetapi juga untuk mendokumentasikan kebobrokan rejim israel yang sewenang-wenangnya menyerang flotila kemanusiaan yang membawa barang bantuan ke Gaza saban tahun tanpa henti. Pendekatan berlainan yang dibawa oleh GSF (sejak misi pertama September 2025) meletakkan beberapa spesifikasi misi khusus untuk kerja-kerja pendokumentasian salah-laku askar rejim zionis yang dilakukan ke atas kapal-kapal dan aktivis GSF, yang melanggar undang-undang antarabangsa. Tracker berfungsi sebagai alat serampang dua mata, iaitu sebagai alat untuk merekod lokasi pemintasan haram, dan sebagai alat untuk paparan dunia menyaksikan salah laku undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh rejim zionis israel. Hasilnya, bukti-bukti ini dikumpul untuk dibawa ke muka pengadilan di peringkat penghakiman antarabangsa, dari pelbagai negara, bagi memberi tekanan kehakiman dan akauntabiliti yang besar kepada rejim zionis israel untuk menjawab kesemua salah laku mereka.
- Kebergunaan Tracker - Perbezaan antara laluan laut dan laluan darat adalah bergantung kepada sifat misi. Berlainan dengan misi kemanusiaan melalui laut, misi bantuan yang melalui darat, khususnya melalui Pintu Rafah, selalunya akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke dalam Gaza. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor, terutamanya pelbagai halangan dan spesifikasi kelulusan barangan bantuan kemanusiaan yang berubah-ubah yang diletakkan oleh pihak rejim israel di Pintu Rafah. Tracker yang diletakkan di lori misi darat akan hanya boleh menunjukkan lokasi lori yang jelas akan berada di atas laluan jalan raya menuju ke Pintu Rafah. Selain daripada informasi lokasi dan durasi bantuan dihalang, tiada maklumat lain yang boleh penonton simpulkan. Tambahan pula, apa-apa salah laku yang dilakukan oleh pihak rejim zionis di Pintu Rafah ke atas barang-barang bantuan telah di dokumentasikan dengan baik dan banyak dilaporkan di dada-dada akhbar.
Oleh sebab-sebab di atas, menjadi keperluan yang jelas untuk misi kemanusiaan yang melalui jalan laut untuk mempunyai tracker berbanding yang melalui jalan darat.
← Kembali